Pencemaran tanih
Pencemaran tanih

Pencemaran tanih

Pencemaran tanah atau pencemaran tanih adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semulajadi. Ia biasanya disebabkan oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian, atau pelupusan sisa tidak wajar. Bahan kimia yang paling biasa terbabit ialah pelarut, racun perosak, plumbum, dan lain-lain logam berat. Pencemaran ini dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kimia.Kebimbangan mengenai pencemaran tanah berpunca terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan secara langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan cemar, dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di bawah tanah. [1]Pemetaan laman tanah yang tercemar dan hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa dan mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi, kimia, kemahiran pemodelan komputer, dan GIS bagi Pencemaran Alam Sekitar, dan juga pemahaman mengenai sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan punca pencemaran tanah.Di Ameika Utara dan Eropah Barat tahap pencemaran tanah paling baik diketahui, dengan kebanyakan negara memiliki rangka kerja perundangan bagi mengenal pasti dan menangani masalah alam sekitar ini. Negara membangun biasanya kurang diselia dungguhpun sebahagian dari mereka telah mengalami proses perindustrian yang pesat dan banyak.

Rujukan

WikiPedia: Pencemaran tanih http://www.hindawi.com/journals/jeph/2013/158764/ http://www.ijoeh.com/index.php/ijoeh/article/view/... http://www.newscientisttech.com/article.ns?id=dn10... http://eusoils.jrc.ec.europa.eu/library/themes/con... http://yosemite.epa.gov/water/owrcCatalog.nsf/065c... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16350476 http://www.eugris.info http://www.chinadialogue.net/article/show/single/e... http://www.hydrology.nl/iahpublications/70-arsenic... http://dx.doi.org/10.1016/j.ecoenv.2012.08.004